ASAL USUL NAMA PULUT LEPA
Che Doh Pembuat Pulut Lepa di Kampung Telemong Mengikut catatan daripada cerita lisan yang saya perolehi daripada seorang pembuat pulut lepa iaitu Puan Midah atau dikenali dengan nama Che Doh atau Mak Long bagi masyarakat yang tinggal di sekitar Kuala Telemong, antara pembuat Pulut Lepa yang sedap di Kampung Kuala Telemong. Mok Long atau nam sebenarnya Puan Midah binti Ali adalah berasal dari Kampung Paluh Sungai Kiat, Kuala Terengganu. Beliau telah mengikuti suaminya setelah berkahwin iaitu dengan seorang duda iaitu Ustaz Muhamad, dan menetap di Kuala Telemong. Setelah suaminya meninggal, Che Doh kembali tinggal di Kampung Paluh Sungai Kiat, Kuala Terengganu. Pulut Lepa yang dibuat oleh Che Doh memang antara variasi rasa yang sedap kerana cara pembuatan air tangan orang lama. Che Doh mendapat ilmu membuat pulut lepa sejak daripada kecil lagi kerana Che Doh menolong arwah ibunya membuat pulut lepa yang mana hasil penjualan dan tempahan pulut lepa adalah merupakan sum...